Minggu, 29 Juni 2014

Ciri Puasa Yang Diterima


Salam Kerahmatan,

Sabda Rasulullah SAW mengenai Hadith : || من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبك ||

Maksud Hadith : "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan , dengan keyakinan dan penghisaban , Maka akan diampunkan dosanya yang telah lepas"

Demikian adalah maksud hadis secara zahir daripada matan[petikan] hadith di atas.Sebagaimana yang dapat difahami dari Hadith ini bahawa oranag yang berpuasa di bulan Ramadhan akan dihapuskan baginya dosa-doas yang telah dilakukan , dengan disyaratkan bahawa orang yang berpuasa itu ايمانا واحتسابا" " dalam melakukan ibadah puasa tersebut.Syarat penghapusan dosa bagi orang yang berpuasa adalah ايمانا واحتسابا" " sebagaimana Rasulullah SWT mensyaratkanya di dalam petikan Hadith di atas.
Makna kalimah ايمانا واحتسابا" " ialah :

ما رواه ابن حبان فى صحيحه والبيهقى عن سعيد الخدرى رضى الله عنه عن النبى صاى اللله عليه وسلم : "من صام رمضان وعرف حدوده وتحفظ مما ينبغى له أن يتحفظ منه كفر ما قبله "

Maksud hadith : Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan , dan mengetahui batas-batas puasa , dan memelihara apa yang sepatutnya dia pelihara[seperti dosa zahir dan batin ,dan perkara yang membatalkan puasa] dari puasa itu , maka akan dihapuskan dosa yang lepas.

Maka semestinya untuk memperolehi ايمانا واحتسابا" " adalah dengan mengetahui batas-batasan @ pantang larang puasa itu dan memelihara dia dari melakukan perkara yang merosakkan puasa dari sudut rohani dan jasmani puasa tersebut.Disokong lagi dengan sabda Nabi SAW :

ما رواه الاامام احمد باسناده صحيح :" الصيام جنة وحصن من النار"

Maksud Hadith : Puasa itu adalah perisai , dan memelihara dari Api Neraka.
Akhirnya , dengan menjaga dan memelihara keaslian puasa untuk memperolehi dua sifat puasa yang dihapuskan dosa iaitu ايمانا واحتسابا" " selayaknya mereka ini memeperolehi ketaqwaan dengan ibadah puasa itu.Inilah motif utama yang digariskan dalam Al-Quran dalam memfardukan ibadah puasa bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah SWT :

يأيها الذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون" "

Maksudnya : Wahai orang yang beriman difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardukan kepada umat-umat terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu memperolehi ketaqwaaan[dengan puasa tersebut].
Wallahu 'Alam...

*Rujukan dan terjemahan dari kitab :Fatawa Al-Imam Doktor Abdul Halim Mahmud, Bahagian Ke-2 [Syeikul Azhar yang lepas].

Tidak ada komentar:

Posting Komentar